Pergi ke sekolah guru mengajar
Dari kecil sampailah besar
Banyaknya perkara mereka diajar
Ibu dan ayah tidak pernah gusar
Melihat anak mahu belajar
Pulang ke rumah ibu menanti
Makanlah dulu barulah mandi
Bersiap pula pergi mengaji
Ilmu agama pengukuh diri
Pagi dan petang ilmu dicari
Untuk menjadi insan berdikari
Jadikan diri orang yang rajin
Sifat yang malas minta dijauhkan
Kerja rumah usahlah ditangguhkan
Kalau tidak faham carilah rujukan
Ibu dan ayah jadikan dorongan
Pentingnya ilmu demi masa depan
Masa yang ada jangan dibuang
Rajin belajar masa terluang
Dalam peperiksaan jawab pun senang
Kalau malas kita kecundang
Bila rajin kita cemerlang
-Wan Nazarie
20/8/2016
Semenyih
Dari kecil sampailah besar
Banyaknya perkara mereka diajar
Ibu dan ayah tidak pernah gusar
Melihat anak mahu belajar
Pulang ke rumah ibu menanti
Makanlah dulu barulah mandi
Bersiap pula pergi mengaji
Ilmu agama pengukuh diri
Pagi dan petang ilmu dicari
Untuk menjadi insan berdikari
Jadikan diri orang yang rajin
Sifat yang malas minta dijauhkan
Kerja rumah usahlah ditangguhkan
Kalau tidak faham carilah rujukan
Ibu dan ayah jadikan dorongan
Pentingnya ilmu demi masa depan
Masa yang ada jangan dibuang
Rajin belajar masa terluang
Dalam peperiksaan jawab pun senang
Kalau malas kita kecundang
Bila rajin kita cemerlang
-Wan Nazarie
20/8/2016
Semenyih
No comments:
Post a Comment