45. JASA PAHLAWAN
Negara kita aman kerana siapa
Rakyat sejahtera sebab mereka
Siapa melindungi kedaulatan negara
Mereka menjamin kerajaan berkuasa
Ekonomi maju siapa menjaga
Itulah tentera benteng perkasa
Waktu aman mereka bekerja
Semasa susah mereka berjaga
Setiap detik bersiap siaga
Sanggup bertugas di mana sahaja
Rela berkorban demi negara
Itulah tentera bersifat setia
Apabila berlaku pertempuran
Di darat mereka mara ke depan
Di laut mereka memburu lawan
Di udara mereka gagah di awan
Mungkinnya hidup atau terkorban
Itulah tentera tugasnya mempertahan
Walaupun gugur dalam perjuangan
Harum namanya menjadi ingatan
Jasa pahlawan tiada bandingan
Hilang harta carilah yang lain
Hilang nyawa hilanglah badan
Itulah tentera berjiwa pahlawan
-Wan Nazarie
20/12/2016
Semenyih
Negara kita aman kerana siapa
Rakyat sejahtera sebab mereka
Siapa melindungi kedaulatan negara
Mereka menjamin kerajaan berkuasa
Ekonomi maju siapa menjaga
Itulah tentera benteng perkasa
Waktu aman mereka bekerja
Semasa susah mereka berjaga
Setiap detik bersiap siaga
Sanggup bertugas di mana sahaja
Rela berkorban demi negara
Itulah tentera bersifat setia
Apabila berlaku pertempuran
Di darat mereka mara ke depan
Di laut mereka memburu lawan
Di udara mereka gagah di awan
Mungkinnya hidup atau terkorban
Itulah tentera tugasnya mempertahan
Walaupun gugur dalam perjuangan
Harum namanya menjadi ingatan
Jasa pahlawan tiada bandingan
Hilang harta carilah yang lain
Hilang nyawa hilanglah badan
Itulah tentera berjiwa pahlawan
-Wan Nazarie
20/12/2016
Semenyih
No comments:
Post a Comment