Dalam hembusan pagi yang dingin
Suara kokokan ayam jelas kedengaran
Anak kecil masih di pembaringan
Sepinggan nasi buat sarapan
Motosikal usang jadi tunggangan
Pisau torehan tidak dilupakan
Dalam kegelapan membawa harapan
Mencari nafkah meniti kehidupan
Pulang ke rumah anak menunggu
Ayah tersenyum rasa terharu
Rezeki sedikit di dalam saku
Sudah cukup membeli buku
Ayah berbangga anak berjaya
Masuk universiti ayah gembira
Dalam sembahyang ayah berdoadoa
Semoga anak sentiasa bahagia
Segulung ijazah sudah terhulur
Tempat kerja di kota tersohor
Jasa ayah begitu luhur
Nilainya tinggi tidak terukur
-Wan Nazarie
20/9/2014
Semenyih
Anak kecil masih di pembaringan
Sepinggan nasi buat sarapan
Motosikal usang jadi tunggangan
Pisau torehan tidak dilupakan
Dalam kegelapan membawa harapan
Mencari nafkah meniti kehidupan
Pulang ke rumah anak menunggu
Ayah tersenyum rasa terharu
Rezeki sedikit di dalam saku
Sudah cukup membeli buku
Ayah berbangga anak berjaya
Masuk universiti ayah gembira
Dalam sembahyang ayah berdoadoa
Semoga anak sentiasa bahagia
Segulung ijazah sudah terhulur
Tempat kerja di kota tersohor
Jasa ayah begitu luhur
Nilainya tinggi tidak terukur
-Wan Nazarie
20/9/2014
Semenyih
No comments:
Post a Comment