Friday, November 21, 2014

( ) HIDUP BERUMAHTANGGA


Hari ini 20 November 2014
Genaplah sudah 33 tahun
Hidup berumahtangga
Menempuh suka dan duka
Itu adat berkeluarga


Waktu susah kita bersabar
Ketika senang kita bersyukur
Matlamat nikah jangan dilupa
Mahu bersama hidup bahagia
Bekalan akhirat biarlah ada


-Wan Nazarie
20/11/2014
Semenyih


( ) SUKA MENGADU


Orang suka mengadu...
Nanti macam hantu
Jangan jadi hantu
Orang akan keliru
Fikiran bercelaru
Rasa tak menentu


Orang suka mengadu...
Berniat baik kononnya
Tapi orang jadi merana
Bahkan boleh terhina
Muka nak letak di mana
Menyusahkan orang dibuatnya


Orang suka mengadu...
Bersikap hina
Bertutur nista
Kata-katanya dusta
Hidup bermuka- muka
Ternyata orang tak suka


Orang suka mengadu...
Jangan buat begitu
Cukuplah itu
Mulakan hidup baru
Biarlah hantu jadi hantu
Orang jadi orang


- Wan Nazarie
19/11/2014
Semenyih

Sunday, November 16, 2014

( ) TAK TAHAN LAMA

Hati-hati dengan lawan
Di depan mengaku kawan
Diajak pula menjadi rakan

Mahu menjatuh seorang teman
Strateginya tidak diperasan
Lagaknya sungguh bersopan
Tapi hati digoda syaitan



Terus percaya bulat-bulat
Tak sedar diri jadi alat
Teman pun jatuh capailah hasrat
Lawan terus terangkat
Kerana kita yang mengangkat
Mahu bersama kerja sepakat
Agar pasukan terus meningkat



Ikatan palsu tak tahan lama
Sikit-sikit nampaklah roma
Hati mula tertanya-tertanya
Kenapa dulu nak bersama
Tapi kini entah ke mana
Barulah sedar siksanya jiwa
Itulah padah tak usul periksa


-Wan Nazarie
17/11/2014
Semenyih

Tuesday, October 21, 2014

( ) ADA HIKMAHNYA

Dalam menempuh kehidupan
Apa sahaja boleh dirancangkan
Tapi Tuhan jua yang menentukan
Tiga kemungkinan kita berdepan

Pertama, kita mahu dan kita dapat
Kita gembira melompat-lompat
Wajah ceria tidak kira tempat
Senyum sendiri terasa hebat
Kadang ketawa melarat-larat
Sukanya hati bukan dibuat-buat


Kedua, kita mahu tapi tak berjaya
Kita bersedih hati tak bahagia
Wajah tak ceria nampak di muka
Susah nak senyum bila bersua
Apa dicerita malas nak ketawa
Siapa terkena memang kecewa


Ketiga, kita hilang yang kita miliki
Sedihnya hati tidak terperi
Air mata mengalir membasahi pipi
Rasa tak percaya apa yang terjadi
Rasa nak lari menghilangkan diri
Jiwa merana ingat sampai mati


Itulah realiti kehidupan kita
Hari ini kita dapat kita gembira
Esok kita tak dapat kita kecewa
Lusa kita hilang kita menderita
Semuanya itu bukan dari kita
Apa pun terjadi pasti ada hikmahnya


-Wan Nazarie
22/10/2014
Semenyih

Tuesday, October 14, 2014

( ) BADAN SIHAT


Empat perkara berilah perhatian
Untuk mengelak sakitnya badan
Disiplin yang tinggi kita amalkan
Biar pun sukar jangan tak lawan

Jaga makan
Ikutlah waktu jangan tak tentu
Makan dan minum biar bermutu
Makanan seimbang sangatlah perlu
Kalau dah kenyang cukuplah itu
Badan sihat sepanjang waktu


Jaga senaman
Banyak bersenam jadi amalan
Termasuklah juga apa pun sukan
Keluarkan peluh buangkan toksin
Lemak yang ada kita kurangkan
Badan sihat jadi idaman


Jaga tidur
Tidur yang cukup amatlah perlu
Elakkan waktu tidak menentu
Bila tak cukup tentulah lesu
Kalau dah lebih fikiran mudah keliru
Badan sihat baru boleh maju


Jaga emosi
Emosi dijaga hati boleh tenang
Kalau cepat marah hati tak senang
Fikiran positif jadi penerang
Sikap negatif patut dibuang
Badan sihat hati pun riang


Wan Nazarie
14/10/2014
Semenyih

Saturday, October 11, 2014

( ) GOMO KLATE GOMO

Gomo klate gomo
Pah so so
Habih hile pialo
Takleh nok wat gapo
Tak jadi blako

Gomo klate gomo
Cari oghe baru tohok oghe lamo
Tak berubah jugo
Gak nok wat guono
Semo tak keno

Gomo klate gomo
Nok saloh sapo
Pemain kuat blako
Peminat setia sokmo
Tapi kaloh jugo

Gomo klate gomo
Jange putus aso
Kito the red worio
Semangat oghe juaro
Tahun depe pege pialo

-Wan Nazarie
11/10/2014
Semenyih



Friday, October 10, 2014

( ) ANAK KECIL

Anak kecil insan warisan
Menangis jika tidak dilayan
Ketawa pabila diberi perhatian
Cakap ibu jadi pegangan
Sikap ayah mudah diturutkan
Belum faham erti kehidupan

Anak kecil selembut sutera
Mudah dilentur senang dihala
Jalan baik boleh dibawa
Lorong salah pun boleh juga
Terserahlah kepada ibu dan bapa
Untuk memilih arah dan hala

Ajarlah anak perkara yang baik
Suara menengking harus dielak
Salah dan silap usah diherdik
Jangan ditampar atau disepak
Perlu bersabar dalam mendidik
Kasih dan sayang cara terbaik

Perangai anak tidak serupa
Begitulah juga dengan rupa
Berlaku adil pada semua
Anak yang kurang usah kecewa
Bagi yang lebih jangan dibangga
Barulah wujud keluarga bahagia

Wan Nazarie
9/10/2014
Semenyih

( ) NIKAHLAH

Kita suka
Dia tak suka
Dia suka
Kita tak suka
Tak adalah cerita

Kita tak suka
Dia tak suka
Tak payahlah cerita

Kita suka
Dia suka
Bolehlah cerita

Risiklah kita
Pinanglah kita
Nikahlah kita
Sukanya kita
Tutuplah cerita

Wan Nazarie
6/10/2014
Batu Pahat

( ) KORBANKANLAH

Korban itu banyak cara
Mana satu jadi pilihan kita
Masa, tenaga atau pun harta
Jangan-jangan satu pun tak ada
Itu tanda hidup menunggu masa
Yang difikir hanya meminta
Untuk memberi selalu kata tiada

Korbankanlah sedikit masa
Bersama dengan keluarga tercinta 
Menyemak kerja sekolah anak kita
Membaca buku ilmu yang berguna
Mendengar ceramah dan berita
Menziarahi kedua orang tua

Korbankanlah sedikit tenaga
Mengemas bilik sebelum bekerja
Membuang sampah tempat tersedia
Menyiram pokok dan membaja
Bergotong-royong bersama tetangga
Memberi nasihat perkara berguna

Korbankanlah sedikit harta
Menderma untuk kerja agama
Memberi pada yang menderita
Menolong mereka yang papa
Membantu saudara tidak berharta
Menghulur pada anak tanpa keluarga

Korban itu tidaklah mudah
Alasan diberi tak pernah sudah
Hanya pandai berkata Insya Allah
Sampai masa tidak diendah
Jangan tunggu untuk berubah
Walau pun berat tapi berfaedah
Syurga dijanji tempat penyudah

Wan Nazarie
6/10/2014
Semenyih

Wednesday, October 1, 2014

( ) MARAH

Datangnya tidak menentu
Dari arah mana tidak tahu
Mahu berkata atau membisu
Tengok juga pada isu
Elakkan diri menjadi keliru


Marahkanlah...

Bila silap tak siapa memgendah
Tidak mengerti apa yang salah
Peduli apa siapa ambil kisah
Selalu tanya apa pasal nak marah
Orang nak kata tak jadi resah
  

Bukannya marah hendak berbalah
Jauh sekali untuk bergaduh
Ingin melihat diri berubah

Agar miliki hati yang tabah 

Janganlah marah...

Kalau emosi menjadi justifikasi
Yang dimarahi tiada peduli
Banyak alasan selalu diberi
Kita merasa kesal sendiri
Teguran diberi buat tak reti
 

Molek kita berhati-hati
Takut stress sedang menanti
Mungkin penyakit mudah dihidapi
Sudah terkena sukar diubati


Wan Nazarie
28/9/2014
Bukit Broga

Monday, September 29, 2014

( ) BASO DIO DOH

Mete ado kuaso
Sero biso sokmo
Buleh wat blako
Hok demo suko
Akat jadi palo
Tokleh wat khijo
Nok kesoh gapo
Janji demo suko

Baso dio doh...

Toksoh dok meto
Bilo sapa maso
Demo hile kuaso
Kalu ado khijo
Nok cari sapo
Oghe toksir cagho
Pakat lari blako
Pahtu baru braso

Baso dio doh...


Wan Nazarie
21/9/2014
Hulu Yam

( ) ITULAH ADIK

Apabila ayah ke masjid setiap waktu
Adik belum tentu
Apabila ayah gemar membaca buku
Adik belum tentu
Apabila emak suka membantu
Adik belum tentu
Apabila emak rajin membasuh baju
Adik belum tentu
Tetapi...

Apabila bukit sanggup abang panjati
Gunung pula yang dipilihi
Apabila sungai boleh abang renangi
Lautan pula yang dipilihi
Apabila dua bahasa mahu kakak kuasai
Empat bahasa pula yang dipilihi
Apabila ke bulan hendak kakak terokai
Ke bintang pula yang dipilihi

Itulah adik...

-Wan Nazarie
21/9/2014
Bukit Broga